Artikel

Insiatif PAKEJ, Sasar Peningkatan Kualiti Dan Pengurangan Kos Operasi Sektor Kurier – SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini memperkenalkan Pelan Accelerator Kurier Negara yang dikenali sebagai PAKEJ, pela 5 tahun untuk membantu memperkasakan kualiti perkhidmatan sektor kurier.

Menerusi pelan ini ia dapat mengurangkan bebanan kos operasi industri perkhidmatan. Langkah perkongsian aset serta Pusat Pungutan dan Serahan (PUDO) ini mampu menghasilkan keuntungan yang lebih baik kepada platform perkhidmatan.

PUDO adalah sebuah sistem membolehkan pengguna mengambil bungkusan sendiri di pusat pungutan, seperti kedai fizikal yang memiliki tempoh operasi lebih lama.

Setakat ini disasarkan 30,000 PUDO akan diwujudkan menjelang 2025 kelak.

Selain itu, usaha PAKEJ ini juga disasarkan dapat memberi impak yang positif kepada peningkatan upah gaji pekerja perkhidmatan. Di bawah PAKEJ terdapat 8 inisiatif yang mampu meningkatkan kadar penghantaran  bungkusan menjelang 2025 kelak.

Garis panduan berhubung terma dan syarat perkhidmatan PAKEJ, merangkumi insurans akan diperkenalkan tidak lama lagi – pada suku ketiga 2021.