Artikel

PDRM Kini Menawarkan 50% Diskaun Saman Trafik, Selama Sebulan – Sehingga 18 Julai Ini

Orang awam kini dapat nikmati tawaran diskaun untuk pengenaan kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50%. Penawaran ini akan mula berkuat kuasa mulai 18 Jun sehingga 18 Julai.

Menurtu Bahagian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, tawaran tersebut tidak termasuk dengan kesa saman melibatkan sebutan mahkamah, kesalahan utaman atau kesalahan kenderaan berat.

Pembayaran diskaun itu boleh dilakukan menerusi aplikasi MyBayar Saman atau portal rasmi PDRM. Ini kerana semua kaunter pembayaran saman di cawangan Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan kadar penularan.

Menerusi usaha ini, penerapan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) dapat terus diperkasakan dan membantu orang awam melindungi diri dari pendedahan luar.