Artikel

Tawaran Rebat 20% Kini Diberi Kepada Pengeluar Pelitup Muka – SIRIM

Mulai 15 Jun lalu, SIRIM kini menawarkan rebat 20% kepada pengeluar pelitup muka menerusi anak syarikatnya iaiu SIRIM QAS International.

Tawaran di bawah pakej perkhidmatan pengujian dan pensijilan ini bagi mengukuhkan lagi operasi pengeluaran berterusan, terutama pada pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pada masa yang sama, SIRIM turut aktif dalam kegiatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berhubung proses pengeluaran produk berkaitan pandemik.

Segala kualiti produk, keselamatan dan pemeriksaan kini akan terus dilaksanakan dan diproseskan dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk memenuhi pemintaan pasaran.