Penyatuan antara Celcom dan Digi kini dijangka selesai pada akhir bulan ini, Jun 2021 iaitu akhir suku kedua 2021.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Izzaddin Idris – setakat ini Axiata dan Telenor Group telah menyediakan perancangan bagi kedua-dua pihak dan dalam tempoh terdekat, dijangka proses perjanjian itu dapat dimeterai.
Setelah itu, lanjutan penyatuan akan dikemukakan permohonan kepada SKMM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi peroelhan kelulusan pihak berwajib.
Kenyataan ini telah dikongsikan pada sidang maya AGM – mesyuarat agung tahunan semalam.
Berdasarkan kenyataan pada Bursa Malaysia – syarikat tersebut akan dikendalikan oleh Dato’ Izzaddin Idris selaku Pengerusi dan Jørgen C. Arentz Rostrup selaku Timbalan Pengerusi. Sementara itu, Idham Nawawi pula dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan timbalannya Albern Murty.