Artikel

Malaysia Alami Kerugian Ekonomi RM1 Bilion Sehari – PM Muhyiddin

Pada sidang Pelan Pemulihan Negara semalam (15 Jun) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tindakan pelaksanaan PKP bukanlah suatu langkah yang mudah buat Malaysia.

Ini kerana, pada segmen ekonomi – negara mengalami kerugian RM1 bilion sehari sepanjang pelaksanaan sekatan ketika ini.

Namun PM Muhyiddin menegaskan keadaan negara tidak boleh berterusan seperti ini, maka pengenalan Pelan Pemulihan Negara merangkumi 4 Fasa mampu mengatasi kedudukan pertumbuhan negara.

Di mana Fasa 3 memaparkan gambaran awal bahawa sebahagian sektor ekonomi mampu beroperasi semula, ketika kes positif harian dijangka paras bawah 2,000 kes.

Sebelum ini PKP 1.0, Malaysia berdepan dengankerugian RM2.4 bilion sehari. Sementara itu, PKP 2.0 negara pula negara memaparkan kerugian sekitar RM300 juta – RM600 juta sehari berikutan pembukaan 5 sektor ekonomi penting negara.

Menerusi pelaksanaan pelan pemulihan ini – disasarkan PKP Fasa Pemulihan ini mampu menurunkan kembali nilai kerugian ekonomi negara, di samping melandaikan keluk penularan pandemik COVID-19.