Artikel

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Mulai Fasa 4, Secara Berperingkat – Pelan Pemulihan Negara

Berikutan terdapat permohonan orang awam untuk melakukan perjalanan rentas negeri dan daerah – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan – buat masa ini tindakan itu tidak dapat dipenuhi.

Ini kerana situasi pandemik negara masih di paras kritikal. Namun, pada sidang maya Pelan Pemulihan Negara sebentar tadi PM Muhyiddin memberikan gambaran awal bahawa kebenaran merentas negeri hanya dapat dipenuhi bermula Fasa 4 kelak.

Iaitu pada awal September dan Oktober, bagaimanapun ia akan dilakukan secara berperingkat untuk fasa tersebut.

Sehubungan itu, kerjasama semua pihak dalam mematuhi SOP haruslah dipergiatkan untuk memastikan perancangan pelan ini dapat dijayakan.

Orang awam diminta untuk terus mematuhi SOP dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan diri dan hindari dari tempat bersesak.