Artikel

Pelan Pemulihan Negara Jangka Seluruh Sektor Dapat Dibuka Mulai November, Disember 2021

Sidang maya Pelan Pemulihan Negara hari ini (15 Jun) memperincikan tentang rangka pemulihan secara berfasa buat sistem kesihatan dan kelangsungan rakyat Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan secara berperingkat ini dirangka berdasarkan data dan sains untuk negara kembali kepada kehidupan biasa.

4 Fasa Pelan Pemulihan Negara kini telah digariskan;

Berdasarkan 4 Fasa ini, secara jelas hanya mulai bulan September dan Oktober sahaja sektor Sosial mulai dibuka secara berperingkat. Manakala bagi Fasa 4 iaitu dijangka berlaku pada November  dan Disember, iaitu purata kes harian disasarkan di bawah 500 kes positif sehari.

Melihat perancangan ini -ternyata kerajaan persekutuan ingin mengimbangi purata kes harian dan kadar vaksinasi negara di tahap 60% populasi. Berhubung permohonan orang awam untuk melakukan rentas negeri, buat masa ini perkara itu harus disekat seketika.

Tindakan ini untuk membantu Malaysia melandaikan semula keluk kebolehjangkitan negara yang masih di paras kritikal.