Artikel

Permohonan Rayuan BPR 2021 Kini Dibuka Sehingga 30 Jun – MOF

Menyedari masih ramai kumpulan yang terjejas berikutan penambahan sekatan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 Jun ini – Kementerian Kewangan (MOF) negara kini telah membuka permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) bermula hari ini (15 Jun).

Pembukaan permohonan rayuan ini dibuka sehingga 30 Jun kelak.

Usaha itu untuk membantu permohonan orang awam yang tidak lulus sebelum ini.

Para pemohon rayuan boleh mengemukakan semula permohonan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Terdapat 2 kaedah yang boleh dilaksanakan pada permohonan rayuan ini iaitu;

  • Permohonan rayuan secara atas talian – BPR LHDN – https://bpr.hasil.gov.my/
  • Penghantaran borang rayuan secara manual di cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau UTC- Pusat Transformasi Bandar secara temu janji

Setakat ini, hampir RM9.1 bilion telah diperuntukan secara menyeluruh pada saluran BPR 2021 – ia termasuklah dana tambahan PERMERKASA+.

  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (tiada anak atau 1 anak) – RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (memiliki 2 atau lebih anak) – RM1,800
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM800
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM500
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM750
  • Bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah – RM350