Artikel

Keuntungan Institusi Perbankan Di Malaysia, Dijangka Meningkat Sekitar 9.4% – CGS-CIMB

Suku pertama 2021 jelas menunjukkan pertumbuhan aliran yang baik buat institusi perbankan negara. Pengamatan ini secara jelas menunjukkan jangkaan keuntungan bersih mampu memaparkan peningkatan.

Berdasarkan pemerhatian firma CGS-CIMB – dijangka lonjakan keuntungan sebanyak 9.4% dapat diperolehi bagi tahun ini. Pada masa yang sama pertumbuhan pada pendapatan faedah bersih juga turut meningkat sekitar 8.3%.

Aspek peningkatan ini didorong berikutan sasaran Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, walaupun lonjakan optimis disasarkan berlaku – namun risiko penurunan pertumbuhan kekal wujud pada arena perbankan. Sekiranya ketidaktentuan ekonomi berterusan – mampu memperlahankan momentum perbankan dari segii agihan pinjaman dan pertumbuhan pendapatan yuran.