Artikel

POS Malaysia Umum Penangguhan Sementara – Urusniaga JPJ Di Seluruh Kaunter Sepanjang PKP

Pos Malaysia kini memaklumkan penangguhan sementara sesi urusniaga berhubung Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini (15 Jun).

Namun begitu, berkenaan urusan pembaharuan insurans kenderaan dan urusniaga lain, ia masih lagi dilaksanakan seperti biasa pada pejabat dan kaunter perkhidmatan Pos Malaysia.

Malah perkhidmatan tersebut juga turut tersedia secara atas talian – untuk memudahkan transaksi orang awam pada pautan www.pos.com.my dan www.posonline.com.my.

Menerusi makluman ini, orang awam diminta jelas akan penyataan tiada sebarang urusan JPJ dapat dilakukan buat masa ini – untuk mana-mana kaunter Pos Malaysia di seluruh negara.