Artikel

Kluster Tempat Kerja Papar Peningkatan, Tahap Pematuhan SOP Masih Rendah – KKM

Seperti yang umum ketahui, masih terdapat beberapa operasi di bawah sektor ekonomi berkepentingan harus melaksanakan operasi. Namun, meskipun pengurangan kapasiti pekerja telah dilakukan – peningkatan jumlah kes kluster tempat kerja masih menunjukkan pertambahan.

Setakat 14 Jun (semalam) – sekitar 1,328 kluster tempat kerja telah dicatatkan. Angka itu membabitkan 624,246 individu telah disaring dan 147,040 kes dikesan positif COVID-19.

Melalui cetusan ini, Ketua Pengarah Kesihatan – Tan Sri Dr Noor Hisham mengatakan walaupun aliran kes selama 2 minggu ini menurun namun kluster tempat kerja telah menyumbang kepada pertambahan kluster baharu.

Majikan seharusnya mematuhi garis prosedur operasi standard (SOP) yang diterapkan pada pelaksanaan operasi perniagaan. Ini merangkumi penjarakan fizikal, jumlah had pekerja, dan tahap kesihatan pekerja.

Tindakan ini turut menjadi tanggungjawab kementerian dalam pemantauan berkala. Sekiranya didapati terdapat ketidakpatuhan – tindakan sewajarnya harus diambil ke atas premis dan majikan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semua pihak untuk tidak terus leka. Pertimbangan yang tidak tegas mampu mendorong kepada peningkatan kes yang lebih tinggi.

Oleh itu, semua pihak ditegaskan mematuhi SOP yang ditetapkan – ketidakpatuhan sekadar merugikan negara, dari segi masa, wang dan tenaga.