AirAsia kini memperluaskan AirAsia Super App mereka pada segmen e-dagang di pasaran Singapura. Ini merangkumi tawaran perkhidmatan penghantaran makanan sert produk segar.
Maka, para peniaga F&B dan pengendali restoran kini dialukan untuk menyertai platform aplikasi ini untuk memenuhi keperluan pelanggan Singapura.
Bagi penyertaan baharu, para pemain platform akan menikmati kadar komisen 0% pada bulan pertama penyertaan.
Menurut Ketua Aplikasi Super AirAsia, Lim Ben-Jie – penawaran tambahan ini dapat mengukuhkan lagi ekosistem AirAsia pada pasaran Singapura. Usaha ini dapat membantu perniagaan kecil memperluaskan rantaian produk mereka.
Malah ia juga meningkatkan lagi peluang pekerjaan bagi segmen perkhidmatan penghantaran Singapura.