BNCP ataupun Borang Nyata Cukai Pendapatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dilanjutkan tempoh kemukanya bagi kategori pembayar cukai yang menjalankan perniagaan untuk Tahun Taksiran 2020 sehingga 31 Julai.
Malah ia turut melibatkan kategori;
- Individu
- Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan/Berkepakaran)
- Individu Bukan Pemastautin
- Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)
- Perkongsian
- Pertubuhan
- Harta Pusaka
- Keluarga Sekutu Hindu
Usaha ini dilaksanakan bagi membantu para pembayar cukai yang mengalami kesukaran berikutan pelaksanaan PKP Fasa Pertama sehingga 28 Jun kelak.
Maka, para pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian ezHasil secara penuh bagi mengemukakan BNCP.
Sementara itu untuk kategori di bawah, tambahan masa mengemukakan BNCP akan dikekalkan seperti yang dinyatakan pada Program Memfail Borang Nayata bagi tahun 2020 dan 2021.
- Syarikat
- Perkongsian Liabiliti Terhad
- Unit amanah/Amanah Harta Tanah
- Koperasi
- Badan Amanah
- Amanah Pelaburan Harta Tanah
- Tabung Amanah Harta
- Amanah Perniagaan
Bagi perolehi Program Memfail Borang Nyata, individu terlibat boleh memuat turun di pautan www.hasil.gov.my dan klik Borang > Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2020 dan 2021.