Kerajaan Arab Saudi kini hanya membenarkan ibadah haji bagi Musim Haji 1442H kepada penduduk yang berada di negara mereka sahaja.
Ini bermakna, had tersebut merangkumi warganegara serta individu negara lain yang telah berada di Arab Saudi.
Kenyataan ini telah dimaklumkan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berikutan makluman yang diterima oleh Timbalan Menteri Haji dan /umrah Arab Saudi pada hari ini (12 Jun).
Melihat pada kenyataan rasmi ini, ia bermakna tidak hanya Malaysia bahkan negara-negara lain turut tidak akan menghantar jemaah haji negara mereka. Susulan akur akan keputusan tersebut.
Krisis pandemik dilihat semakin meruncing, sebelum ini Indonesia dan Singapura telah memaklumkan keputusan mereka untuk tidak menghantar para jemaah.