Artikel

MyNEWS Kini Hadir Dengan Pembukaan Kedai Mini Serbaneka – SUPERVALUE

Perancangan sejak tahun lalu, kini membuahkan hasil apabila myNEWS mulai melancarkan platfrom kedai serbaneka mini SUPERVALUE – yang kini boleh didapati di tujuh lokasi seluruh Malaysia.

Segmen baharu myNEWS ini menyediakan barangan kemudahan untuk pengguna meliputi barangan segar, minuman dan keperluan harian. Menurut wakil myNEWS, perancangan entiti adalah memiliki sekurang-kurangnya 20 cawangan menjelang akhir tahun ini.

Seperti kebanyakan jenama, myNEWS juga kini memberi fokus kepada peralihan digital, media sosial dan aplikasinya. Pelbagai tawaran dan promosi yang lebih eksklusif dan peningkatan sistemnya sedang diperincikan untuk memastikan perjalanan pelanggan yang lancar.

Ini juga mendorong kepada pemerkasaan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) di kedai fizikal melalui kolaborasi dengan rakan dompet digital, kad kredit dan debit.

Untuk maklumat, tujuh lokasi cawangan myNEWS SUPERVALUE boleh di dapati di:

  • Kajang
  • Kepong
  • OUG
  • Alor Setar, Kedah
  • Malim Jaya, Melaka
  • Bidor, Perak
  • Simpang Ampat, Pulau Pinang