Data sehingga 7 Jun menunjukkan hampir 1 juta belia telah berjaya memperolehi nilai kredit eBelia melalui dompet digital ShopeePay.
Lebih menarik, sekitar 40% daripadanya adalah pengguna baharu dan telah menjana jualan paltform sekitar 120%.
Untuk makluman, agihan ini merangkumi sejumlah RM300 juta di bawa Program eBelia Kementerian Kewangan (MOF). Menerusi perolehan kredit e-tunai ini, insentif tambahan seperti baucar, pulangan tunai serta mata ganjaran daripada pilihan penyedia perkhidmatan tersebut turut dapat dinikmati kumpulan belia.
Selain itu, nilai kredit itu diperlihat turut memberi manfaat kepada 140,000 peniaga di platform Shopee.
Menurut Ketua ShopeePay Malaysia alain Yee – usaha ini turut memperkasakan penglibatan belia pada penggunaan dompet digital untuk jangka masa panjang.