Proses pemulihan ekonomi negara kini akan diteruskan dan dijangka kembali berkembang mulai separuh kedua tahun ini.
Sasaran itu dinyatakan Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) negara pada laporan LAKSANA pada 10 Jun, semalam.
Langkah itu akan dilaksanakan seiring dengan peranan negara dalam membendung, mengatasi penularan pandemik di Malaysia. Menerusi program vaksinasi dan peningkatan penyertaan orang awam memperolehi suntikan dos – maka ia mampu membantu sektor ekonomi negara.
Pada masa yang sama, Tengku Zafrul kekal optimis akan kedudukan pertumbuhan ekonomi yang masih di paras stabil. Di mana meliputi skala ekonomi yang sederhana, memiliki sumber semula jadi yang mencukupi dan prospek pertumbuhan sederhana yang kukuh.
Malah MOF akan kekal mengarapkan lanjutan bantuan kepada rakyat negara – antaranya adalah sekitar RM12.06 bilion telah diluluskan kerajaan berhubung pinjaman mudah untuk warga PKS.
Tidak hanya itu, pengenalan PEMERKASA+ telah dilaksanakan untuk menampung sebahagian bebanan rakyat negara berikutan sekatan tambahan PKP Fasa Pertama sehingga 14 Jun ini.