Penerapan ekosistem pembayaran nirtunai kini semakin rancak diperluaskan. Tidak hanya meliputi sektor perkhidmatan bahkan sektor perladangan turut mulai meningkatkan penyertaan mereka.
Kini memenuhi penyertaan itu, LintraxMax dan Merchantrade Asia mengumumkan kerjasama pembayaran digital untuk sektor ladang kelapa sawit di seluruh Malaysia.
Usaha ini dilihat turut dapat memperkasakan ekosistem penyelesaian bayaran gaji pekerja – yang ketika ini hanya bergantung kepada agihan tunai atau bentuk cek.
Menerusi kaedah ini ia dilihat lebih cekap dan selamat untuk pengurusan syarikat.
Adanya penyelesaian ini mampu membantu meminimumkan hubungan fizikal semasa pandemik COVID-19 dan memastikan ketelusan dalam pembayaran syarikat.