Sektor ekonomi berkepentingan dan kritikal kini akan diberi tumpuan berhubung agihan vaksinasi pada fasa keempat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menurut Khairy Jamaluddin – Menteri Penyelarasa, fasa tambahan ini akan mula dilaksanakan pada 16 Jun – bermula di Pengerang, Johor.
Keperluan penetapan fasa ini dilihat penting untuk sektor ekonomi kritikal yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Setakat ini, Jawatankuasa Bertinfak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang bekerjasama dengan:
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Selain itu, turut terdapat penglibatan agensi kerajaan lain untuk melaksanakan fasa empat bagi sektor-sektor ekonomi yang terkesan dan masih beroperasi sewaktu PKP.
Untuk makluman, berhubung pengendalian suntikan vaksinasi sektor industri ini – pihak MOSTI akan berkerjasama dengan ProtectHealth Corporation, iaitu anak syarikat KKM yang tidak berasaskan keuntungan.