Artikel

Suku Pertama 2021 – Malaysia Perolehi Pelaburan Bernilai RM80.6 Bilion

Walaupun berdepan dengan krisis COVID-19, prestasi pelaburan negara pada suku pertama tahun 2021 jelas memaparkan peningkatan – dengan rekod pelaburan diluluskan berjumlah RM80.6 bilion.

Peningkatan lebih 95% ini meliputi 993 projek dan sasaran perluasan peluang pekerjaan sekitar 32,557.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) langkah yang agresif nyata meningkatkan pemerkasaan pelaburan dari para pelabur.

Untuk makluman, rekod pelaburan tersebut merangkumi sektor perkilangan (RM58.8 bilion), perkhidmatan (RM15.6 bilion) dan utama (RM6.2 bilion).

Sementara itu, pelaburan langsung asing ke Malaysia (FDI) yang telah diluluskan setakat ini telah meningkat kepada RM54.9 bilion bagi tempoh Januari sehingga Mac 2021. Lonjakan itu memperlihatkan peningkatan kepada 68.1% berbanding tahun 2020 suku pertama.

Sumber peningkatan kemasukan pelaburan asing ini dicetuskan oleh:

  • Singapura – RM43.1 bilion
  • Belanda – RM5.0 bilion
  • Korea – RM4.3 bilion
  • Taiwan – RM500 juta
  • Hong Kong – RM300 juta

Manakala 5 negeri Malaysia pula menyumbang kepada RM68.4 bilion (84.9%) daripada jumlah pelaburan keseluruhan untuk 3 bulan pertama 2021:

  • Kedah – RM43 bilion
  • Selangor – RM8.6 bilion
  • Sarawak – RM6.9 bilion
  • Sabah – RM5 bilion
  • Kuala Lumpur – RM4.9 bilion