Artikel

Seramai 9,411 Calon Perolehi Keputusan Cemerlang SPM 2020 – KPM

Sekiranya tahun 2019 memperlihatkan seramai 8,876 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi keputusan yang cemerlang pada semua subjek pelajaran – kini SPM 2020 pula merekodkan seramai 9,411 pelajar cemerlang.

Menurut sidang maya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini (10 Jun) sebanyak 43 matapelajaran memaparkan peningkatan prestasi, sementara 39 subjek menurun dan 1 subjek kekalkan prestasinya.

Berhubung kategori penempatan – ternyata prestasi calon luar bandar memaparkan peningkatan berbanding calon di bandar.

Selain itu, bagi Gred Purata Nasional (GPN) secara jelas menunjukkan pencapaian calon pada tahun lalu lebih baik berbanding tahun 2019. Di mana mencatatkan paras 4.80.

Menurut Datuk Radzi Jidin – Menteri Kanan (Pendidikan) pencapaian ini adalah terbaik sejak tahun 2016.