Artikel

Kerajaan Selangor Tambah Dana RM200 Juta – Bantu Industri Kecil Tampung Aliran Tunai Operasi

Kerajaan Selangor di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 turut memperuntukan dana tambahan sebanyak RM200 juta pada Selangor Advance.

Tindakan ini untuk memperkasakan lagi ekonomi negeri.

Menerusi manfaat tersebut, aliran tunai syarikat industri kecil dapat menampung perbelanjaan dan menyelamatkan pekerjaan tenaga kerja mereka.

Selain itu, RM80 juta turut diperuntukan kepada 8,000 usahawan sebagai modal awalan untuk memulakan perniagaan. Usaha sedemikian untuk membantu warga Selangor yang telah kehilangan pekerjaan atau kekurangan pendaftaran operasi.

Inisiatif ini akan membuka ruang penduduk Selangor menyemarakkan lagi ekosistem ekonomi negeri.