Artikel

Top Glove Catat Keuntungan Bersih RM2.04 Bilion, Permintaan Pengeluaran Papar Lonjakan

Berikutan krisis pandemik COVID-19 masih berterusan, ini telah membawa kepada peningkatan permintaan pada pengeluaran sarung tangan, termasuklah dari pengeluaran Top Glove Corporation.

Menerusi rekod suku ketiga tahun kewangan 2021, keuntungan bersih Top Glove kini di paras RM2.04 bilion – setakat akhir Mei.

Berdasarkan kenyataan Bursa Malaysia, lonjakan itu meningkat sehingga 485% berbanding tahun 2020.

Antara aspek yang memperkasakan prestasi entiti pengeluaran ini adalah output jualan serta purata harga jualan yang lebih tinggi. Ini turut mendorong kepada peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT).

Pada masa yang sama, Top Glove masih optimis akan pertumbuhan operasi meskipun berdepan dengan risiko krisis. Malah penglibatan entiti selama 20 tahun pada penyenaraian Bursa Malaysia – telah berjaya mencatatkan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sekitar 28% bagi pendapatan, manakala 38% keuntungan.