Artikel

Bilangan Penganggur Belia Berusia 15 Tahun Sehingga 24 Tahun – Kini Di Paras Lebih 310,000 Individu

Aspek pengangguran negara masih lagi suatu isu yang tidak menentu di Malaysia – susulan penerapan tambahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama ini.

Namun berdasarkan April 2021 – data pengangguran negara memaparkan penurunan 0.1 mata dengan kadar 4.6%.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini membawa erti bilangan penganggur telah berkurangan sekitar 10.5 ribu individu, pengurangan 1.4% bagi data bulan-ke-bulan.

Bagi perincian – pengangguran kalangan belia yang berusia 15 tahun sehingga 24 tahun pada April 2021 kini cecah 310.7 ribu individu, ia menurun berbanding bulan Mac 2021, sekitar 321.1 ribu individu.

Selain itu, perincian kategori penganggur aktif secara menyeluruh pula melebihi 80%, kategori ini didefinisikan sebagai mereka yang bersedia dan aktif mencari pekerjaan telah memaparkan pengurangan 8.2 ribu individu pada April 2021.

Manakala perincian data turut memaparkan tempoh pengangguran:

  • Penganggur kurang dari 3 bulan – 52.1%
  • Penganggur kurang dari 6 bulan –  24.4%
  • Penganggur kurang dari 12 bulan – 13.0%
  • Penganggur lebih dari setahun – 10.4%

Sementara itu, peratusan penduduk pekerja pula dibahagikan mengikut taraf pekerjaan bagi Mac dan April 2021: