Artikel

Perodua Kekalkan Sasaran Jualan Sekitar 240,000 Unit Bagi Tahun 2021

Meskipun berdepan dengan sekatan tambahan pada PKP kali ini, Perodua masih mengekalkan sasaran jualan mereka pada tahun 2021.

Bagi mencapai paras jualan sekitar 240,000 unit.

Buat masa ini, paras jualan setakat Mei 2021 – Perodua telah mencatatkan rekod jualan sebanyak 96,281 unit kenderaan. Rekod ini dilihat lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020, iaitu 52,920 unit sahaja.

Bagaimanapun perbandingan prestasi pada 2019, menunjukkan rekod itu lebih rendah. Di mana prestasi 2019 pada jualan 5 bulan pertama telah mencecah 105,745 unit kenderaan, iaitu 8.9% lebih tinggi berbanding jualan setakat Mei 2021.

Sudah pasti had jualan tahun ini dibebani dengan krisis pandemik dan sekatan tambahan PKP. Ia cendurung kepada penurunan jualan 12% pada Mei 2021, berbanding April 2021.

Walaupun industri automotif berdepan kesukaran sedemikian, namun lanjutan cukai jualan akan membantu pertumbuhan industri meningkatkan permintaan dan galakkan aktiviti ekonomi kenderaan Malaysia.