Artikel

Thailand, UK – Rancang Kerjasama Pembangunan Bandar Pintar

Ternyata Jaringan Perdagangan Digital yang diperkenalkan tahun lalu telah meningkatkan keupayaan teknologi digital perdagangan dan pelaburan di Thailand.

Bagi memperluaskan ekosistem, United Kingdom (UK) dan Thailand kini merancang berkerjasama dalam perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka – untuk membentuk bandar pintar era baharu.

Menurut kedutaan UK di Thailand – Brian Davidson, perkongsian pembangunan ini adalah sebahagian daripada lanjutan rangkaian perdagangan digital mereka. Ini kerana berikutan memiliki persamaan ekosistem bandar, laut dan terusan. Perkongsian kepakaran dapat dilakukan secara bersama.

Untuk makluman, UK dan Thailand telah bersama-sama melancarkan “UK Thailand Tech Export Academy“. Tujuan kolaborasi ini adalah untuk mempromosikan pengembangan bandar pintar yang akan dibangunkan di seluruh Thailand.

Setakat ini, inisiatif tersebut melibatkan penyertaan lebih dari 200 perniagaan dari UK dan Thailand.

Pelancaran itu telah dilaksanakan secara sidang maya yang disertai Menteri Eksport UK – Graham Stuart bersama Chaiwut Thanakamanusorn – Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand (MDES).

Sepanjang tahun lalu, sekitar £ 5 bilion (AS$7 bilion) telah diperuntukan pada perdagangan dua hala ini dan dana itu akan terus disokong menerusi misi perdagangan Akademik Eksport Teknologi UK-Thailand yang dijangka cecah £ 185 miliar UK (AS$260 bilion).