Penutupan operasi premis tidak hanya memberi kesan kepada tenaga pekerja, namun haiwan juga turut berdepan situasi yang sama.
Menyedari kesulitan premis Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) dalam memiliki akses kelangsungan sumber bekalan, ubat-ubatan dan bahagian pengurusan haiwan. KeTSA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli negara kini menyalurkan dana segera bernilai RM179,426 untuk menampung bebanan tersebut.
Dana awal Bantuan dan Prihatin Kebajikan Hidupan Liar itu bagi memenuhi keperluan segera oleh 10 ZPT.
Menerusi usaha ini, tidak hanya kebajikan orang awam namun tanggunjawab hidupan liar juga dapat terus dipelihara.