Artikel

Usaha Tangani Rasuah, Perkhidmatan Kerajaan Akan Perkasa Pembayaran Nirtunai Menjelang 2022 – Tengku Zafrul

Berikutan permasalahan rasuah di negara wajar dibendung, pemerkasaan pembayaran nirtunai, atau secara tanpa tunai pada perkhidmatan kerajaan akan diperkasakan menjelang tahun 2022 kelak.

Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) ini memberi tumpuan untuk menangani isu rasuah, memastikan keselamatan transaksi negara kekal terjamin dan berkesan.

Menurut Tengku Zafrul – Menteri MOF mengatakan setakat akhir tahun 2020, sekitar 60% kutipan kerajaan adalah dilaksanakan menerusi pembayaran nirtunai.

Langkah ini secara tidak langsung membantu pengurusan pentadbiran kerajaan lebih telus, cekap mengatasi sebarang kegiatan penipuan dan rasuah yang berlaku.

Tidak hanya itu, selari dengan penerapan norma baharu – kaedah transaksi nirtunai turut membantu meningkatkan perlindungan diri antara orang awam dan kakitangan kerajaan. Ini membantu negara mengurangkan pendedahan penularan pandemik COVID-19.

Selain itu, agihan bantuan secara nirtunai seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Geran Khas Prihatin (GKP) turut mendidik orang awam memperolehi dana bantuan secara nirtunai.