Artikel

Nilai Kebolehjangkitan Papar Penurunan – Namun Kadar Penularan Negara Masih Tinggi

Data 7 Jun negara menunjukkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mulai menurun di bawah 1.0.

Berdasarkan perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, nilai Rt itu kini mencatatkan di paras 0.97.

Sementara itu, bagi data pecahan Rt mengikut negeri pula – beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan memaparkan kadar di bawah 1.0. Antaranya adalah Perlis, Putrajaya, Kedah, Pahang, dan Perak.

Menerusi pengamatan graf keluk penularan, setakat 7 Jun Malaysia telah menunjukkan sedikit penurunan catatan angka kes harian positif.

Untuk makluman, menerusi penurunan nilai kebolehjangkitan ini – ia secara langsung memaparkan kadar tempoh dan penularan pandemik negara semakin terkawal. Meskipun begitu, situasi penularan masih lagi serius.

Orang awam diminta untuk terus mematuhi garis panduan dan mengamalkan pemakaian pelitup muka, jaga penjarakan fizikal, kebersihan diri dan hindari kesesakan tempat awam.

Usaha ini tidak hanya membantu sistem kesihatan negara, bahkan menurunkan nilai kebolehjangkitan pandemik di Malaysia.