Sebelum ini terdapat kekeliruan berhubung pengenaan kompaun ke atas premis perniagaan yang beroperasi melebihi had masa – di mana ada diantara pekerja telah dikenakan kompaun.
Menyedari salah faham itu, kenyataan bertulis Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini (7 Jun) menjelaskan, tindakan kesalahan itu hanya dikenakan ke atas majikan sahaja dan bukan pekerja terlibat.
Ini merangkumi premis syarikat serta mana-mana kilang yang gagal mematuhi penetapan had masa yang telah diterapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama ini.
Tidak hanya itu, sekiranya terdapat premis yang memaksa para pekerja hadir ke pejabat meskipun perolehi arahan Bekerja Dari Rumah (BDR), majikan turut akan dikenakan kompaun. Kerjasama para pekerja memaklumkan situasi semasa harus dilakukan.
Usaha ini membantu petugas barisan hadapan dan sistem kesihatan negara mengurangkan kadar penularan COVID-19. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri pengenaan kompaun tidak harus dipalitkan kepada para pekerja. Ini kerana penglibatan pekerja hanya akur akan arahan pihak majikan sahaja.
Maka, pengenaan kompaun terhadap pekerja adalah tidak relevan.