Artikel

Mulai 8 Jun, Hanya Surat Pengesahan Kementerian / Agensi Yang Diterima Pakai Ketika Sekatan Jalan Raya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengumumkan yang mana bermula 8 Jun 2021, hanya surat pengesahan daripada kementerian atau agensi yang akan diterima pakai sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak ke tempat kerja.

Dengan pengumuman ini, berikut merupakan sektor yang dibenarkan, mengikut agensi atau kementerian masing-masing:

  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan
  • Kementerian Pengangkutan Malaysia – bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan – bagi sektor pertanian/perikanan/penternakan/perladangan dan komoditi
  • Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi – bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi
  • Bank Negara Malaysia – bagi sektor institusi kewangan / insurans
  • Suruhanjaya Sekuriti – bagi sektor urusniaga saham
  • Pihat Berkuasa Tempatan (PBT) – bagi sektor kecil/penjaja gerai makanan
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia – bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran
  • Kementerian Dalam Negeri – untuk semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berada dibawah KDN
  • PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak dibawah peraturan rentas sempadan

Bagi pekerja sendiri, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis.

Polis turut menegaskan yang mana ketika melalui sekatan jalan raya, mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan, atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas.