Susulan penerapan PdPR diteruskan sehingga pertengahan Julai tahun ini, Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin kini memaklumkan status agihan peranti tablet, laptop kepada para pelajar negara.
Untuk makluman, sekitar 12,887 unit peranti dan laptop telah diagihkan kepada 95 buah sekolah, bagi agihan seterusnya dijanga 40, 290 unit peranti, laptop akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 12 Jun ini.
Sementara itu, agihan lain 96,823 unit peranti dan laptop pula dijangka dapat diagihkan sehingga akhir September tahun ini. Berdasarkan status agihan, jumlah keseluruhan 150,000 unit peranti, laptop ini disasarkan mampu memenuhi keperluan para pelajar di seluruh Malaysia – menjelang akhir September ini.