Artikel

Lebih 70,000 Guru Telah Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin COVID-19

Sidang maya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan, lebih 70,000 petugas guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Untuk makluman, data KPM setakat Julai 2020 – memaparkan jumlah guru merangkumi perigkat pendidikan rendah, dan menengah adalah sekitar 416,743 petugas guru.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin, pihak KPM menyasarkan peningkatan berterusan imunisasi dalam kalangan guru akan terus dilaksanakan. Tindakan ini untuk depani risiko pandemik dan memastikan keselamatan para pelajar terus terjamin.

KPM mengharapkan sasaran imuniti dalam kalangan guru ini dapat dicapai sementara sekolah masih tidak dibuka sehingga akhir Julai ini.