Mulai 13 Jun dan 14 Jun akan bermulanya semula penerapan sesi PdPR – Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama 25 hari sehingga 16 Julai, 17 Julai.
Untuk makluman, pelaksanaan ini akan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan A PdPR pada 13 Jun sehingga 16 Julai:
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Terengganu
Sementara sesi PdPR kumpulan B akan bermula pada 14 Jun sehingga 17 Julai, negeri terlibat:
- WP Kuala Lumpur
- WP Putrajaya
- WP Labuan
- Pulau Pinang
- Perak
- Selangor
- Melaka
- Perlis
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Sabah
- Sarawak
Tindakan ini mengambilkira situasi semasa dan persediaan para pelajar serta guru. Usaha ini daapt mengurangkan sebarang risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan kakitangan persekolahan.
Menurut Datuk Radzi Jidin Menteri Kanan (Pendidikan) sekiranya terdapat lanjutan sesi PdPR, pihak KPM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.