Artikel

Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman – HBO Max Dilaporkan Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

HBO Max merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video dibawah Warner Media. Berbeza dengan HBO Go yang sedia ditawarkan sebagai pelengkap kepada siaran saluran HBO melalui rangkaian televisyen, HBO Max pula merupakan fokus menyeluruh terhadap penstriman video – dan hadir dengan sejumlah siri TV dan filem eksklusif untuk platform berkenaan.

Mengikut laporan CampaignAsia, HBO Max dijangka dilancarkan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan beberapa negara berhampiran tidak lama lagi. Untuk tujuan berkenaan, pihak mereka telah melantik bekas ketua rantau Disney+ untuk Asia Tenggara sebelum ini.

Ia dilaporkan HBO Max dijangka dilancarkan di sekitar 61 buah negara menjelang penghujung 2021 kelak.