Artikel

Warga Kuala Lumpur Kini Perolehi Ujian Saringan COVID-19 Secara Percuma – Mulai 5 Jun

Warga penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) kini ditawarkan menjalani ujian saringan COVID-19 secara percuma pada kawasan dan tarikh tertentu.

Kenyataan ini telah dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annur Musa pada Khamis lalu. Terdapat 15 kawasan ujian saringan di KL telah dijadualkan mengikut tarikh, ia bermula pada 5 Jun ini sehingga 5 Julai 2021.