Artikel

Lanjutan PKP Akan Tingkatkan Kadar Penutupan Premis, Lebih 90% Usahawan Terancam – MEDAC

Hasil tinjauan MEDAC – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mendapati sekiranya pelaksanaan PKP dilanjutkan ini berupaya memberi risiko kepada lebih 90% usahawan kecil dan sederhana mikro (PKS Mikro) serta informal berdepan dengan penutupan perniagaan.

Tinjauan ini meliputi 3,855 responden dan 58% daripadanya adalah PKS Mikro. Sementara selebihnya adalah pemain industri kecil, koperasi dan informal.

Menurut Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar – Menteri MEDAC mengatakan pemerhatian dilakukan berikutan kesan yang di alami pemain industri sepanjang PKP ini.

Malah, pada laporan yang sama turut memaparkan 54% PKS Mikro dianggarkan mampu bertahan antara 3 bulan hingga 6 bulan sahaja. Jangkaan ini memberi kebimbangan, dorong kepada peningkatan kadar pengangguran.

Sekiranya benar berlaku, ini akan menyumbang kepada lebih 3 juta individu kehilangan pekerjaan. Ini kerana aspek penutupan operasi disebabkan perkhidmatan tidak berkentingan dan kekurangan aliran tunai boleh menyebabkan penutupan perniagaan berlaku.