Artikel

Tindakan Ke Atas Kumpulan Anti-Vaksin, Kini Sedang Diteliti – PM Muhyiddin

Momentum kes positif harian negara kekal menunjukkan aliran yang tinggi, melihat situasi itu – kerajaan kini sedang meneliti beberapa perkara untuk mengatasi isu tersebut.

Berdasarkan laporan, Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 diminta melaksanakan kajian berhubung pemgambilan vaksinasi secara wajib. Tindakan ini untuk membendung penularan lebih besar dari berlaku.

Sementara itu, kerajaan turut mengatur penelitian tindakan tehadap kumpulan anti-vaksin yang berkongsikan maklumat tidak benar berhubung pengambilan vaksin.

Bagaimanapun isu ini masih diteliti dan dikaji akan langkah lanjutan. Semua orang awam diminta mematuhi garis panduan dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka, kebersihan diri, jarak fizikal serta kekal berada di rumah.

Usaha ini tidak hanya membantu melandaikan keluk penularan namun turut mengurangkan nilai kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) negara.