Artikel

MR DIY Kini Atasi Supermax – Tampil Selaku Konstituen Baharu FBM KLCI

Berdasarkan penilaian sebelum ini – ternyata kini MR DIY kini telah disenarai pada FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menggantikan pengeluar sarung tangan, Supermax Corporation Bhd.

Bagi pengetahuan umum, penyertaan MR DIY pada papan pasaran telah bermula sejak Oktober 2020 dan kini saham syarikat telah mulai meningkat melebihi 170%.

Entiti jualan pembaikan rumah itu telah disasarkan mengatasi Supermax Corporation pada akhir Mei lalu. Untuk makluman, FBM KLCI adalah indeks pasaran saham negara yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran yang memenuhi syarat kelayakan Peraturan FTSE Bursa Malaysia Index Ground.

Bagi penyertaan baharu – prestasi, pengurusan tadbir urus, sosial dan korporat akan dinilai pada semakan konstituen seterusnya.