Syarikat penarafan antarabangsa – Moody’s kini mengekalkan penarafan kredit Malaysia pada A3 stabil. Berdasarkan penelitian, dijangka situasi semasa tidak akan memberi kesan negatif kepada landskap model ekonomi negara.
Ini bermakna kewujudan pandemik tidak menghalang segmen material ekonomi negara untuk meraih pertumbuhan yang kukuh.
Bagaimanapun terdapat beberapa sentimen yang boleh mengancam kedudukan stabil kepada negatif. Antaranya adalah penilaian hutang negara dan kapasiti hutang yang dicapai. Selain itu, ketidaktentuan politik negara juga mampu menggugat prestasi model ekonomi Malaysia.
Negara seharusnya mengukuhkan pertumbuhan bagi jangka masa sederhana ini dan beri tumpuan kepada pengukuhan pelaburan.