Artikel

LHDN Tawar Penangguhan Bayaran Penalti, Cukai – Ke Atas Individu Yang Terjejas

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahap skala penuh ketika ini telah membawa kepada penutupan sementara operasi dan kesan ke atas pendapatan individu. Memahami situasi ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini menawarkan penangguhan berhubung bayaran cukai serta penalti.

Penangguhan ini meliputi pembayaran penalti yang berkaitan, serta cukai wajib ke tahun 2022. Namun para pembayar cukai harus mematuhi pembayaran bagi amaun prinsipal cukai yang harus dilunaskan.

Selain itu, LHDN kini turut mempertimbangkan penjadualan semua bayaran cukai bagi pembayar cukai yang kehilangan sumber pendapatan, atau mengalami isu menyelesaikan tunggakan cukai.

Malah, semakan semula penalti turut dapat dilaksanakan sekiranya pembayar cukai memiliki alasan yang kukuh.

Manakala, bagi pembayar cukai yang tidak terjejas – harus meneruskan pembayaran cukai berdasarkan ketetapan asal sebelum ini, penangguhan tersebut hanya tertumpu kepada pembayar cukai yang terkesan sahaja.

Sebarang maklumat lajut, orang awam boleh merujuk pada Pejabat Cawangan LHDN – bahagaian pengendalian fail cukai pendapatan atau melayari pautan portal berhubung soalan lazim di laman LHDN.