Artikel

Surat Kebenaran Operasi Hanya Dikeluarkan Setelah Premis Menerima Pengesahan Kementerian Berkaitan – MITI

Keputusan untuk memutuskan segmen sektor ekonomi tertentu kekal dibuka, tidak hanya ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali, surat kebenaran operasi hanya diberikan oleh MITI dibawah CIMS 3.0 setelah kementerian berkaitan membenarkan premis terlibat untuk beroperasi sahaja.

Setakat ini, sekitar 15 kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 untuk penilaian permohonan kebenaran operasi di bawah sektor masing-masing.

Untuk makluman, meskipun terdapat 10,2 juta pekerja yang telah berdaftar di bawah CIMS 3.0 namun hanya 128,150 surat kebenaran beroperasi telah dikeluarkan – ini melibatkan sekadar 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia.

MITI menjelaskan pihaknya akan melaksanakan pemantauan secara menyeluruh, bagi memastikan kawalan operasi sepanjang PKP menepati garis panduan PKP ketika ini. Bagi sebarang aduan mahupun kritikan, orang awam boleh melaporkannya pada portal MITI.