Artikel

Sekitar 1.8 Bilion Dos Vaksin Dapat Diagihkan Kepada Negara Berpendapatan Rendah – COVAX

Hampir AS$2.4 bilion dana kini disalurkan dibawah pelan perkongsian vaksin COVAX, untuk diperluaskan agihan kepada negara berpendapatan rendah. Menerusi dana ini, ia akan membolehkan sekitar 1.8 bilion dos vaksin diagihkan kepada negara terlibat bagi tahun ini sehingga awal tahun hadapan, 2022.

Adanya jumlah dos sedemikian ia merangkumi perlindungan 30% ke atas individu dewasa di negara-negara berpendapatan rendah.

Pada masa yang sama, Jepun telah menyatakan ketersediaan mereka untuk tambahan dana AS$800 juta bagi agihan, begitu juga Sepanyol menyatakan ketersediaan agihan 150 juta dos beserta 50 juta euro.

Menerusi komitmen yang baik dari negara maju, ini akan meningkatkan kadar peratusan perlindungan pada negara berpendapatan rendah. Kerjasama dari negara-negara maju dan pihak swasta dalam pengumpulan dana ini akan membantu menangani penularan pandemik di peringkat dunia.