Artikel

Peningkatan Pengeluaran Secara Berfasa, Dorong Kenaikan Harga Minyak – OPEC

Tindakan Organisasi Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan pengeluaran secara berfasa pada pasaran – telah mendorong kepada kenaikan harga minyak.

Menurut penganalisis Julius Baer – berdasarkan momentum permintaan kukuh serta rundingan nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang perlahan telah mencetuskan sasaran harga minyak melebihi paras AS$70 setong.

Sementara itu, berhubung jangkaan pemulihan permintaan pada pasaran – OPEC bersama sekutu OPEC+ telah bersetuju  melonggarkan bekalan secara ansuran, bermulai Julai kelak.

Setakat ini, paras harga mintak telah naik – antaranya rekod semalam Brent naik 1.2% kepada AS$71.09 setong dan WTI pula naik 1% kepada AS$68/41 setong.