Kewujudan COVID-19 tidak sekadar memberi impak kepada institusi kesihatan, namun turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.
Krisis kebolehpasaran buruh kini mengalami kesan yang tinggi disebabkan pandemik COVID-19. Terdapat sasaran menyatakan, pemulihan hanya dapat diperlihatkan pada tahun 2023 kelak. Pada masa yang sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan kesan ini telah mendorong kepada lebih 100 juta pekerja berdepan dengan taraf kemiskinan. Ini merangkumi aspek tempoh bekerja yang semakin merosot, serta kualiti pekerjaan mulai terjejas.
Malah kenyataan itu turut disokong dengan hasil tinjauan Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) – Laporan Tahunan Pekerjaan dan Sosial Dunia, yang menyasarkan dunia akan alami mengurangan 75 juta pekerjaan menjelang akhir tahun ini.
Maka, adanya jangkaan pengurangan pekerjaan – ini akan membawa kepada peningkatan kadar pengangguran di peringkat global. Di mana, disasarkan tahun 2022, sekitar 205 juta individu akan menganggur. Angka ini diperlihat lebih tinggi berbanding catatan 2019, iaitu 187 juta penganggur.
Situasi ini secara jelas memerlukan sokongan fiskal berterusan daripada setiap negara. Bagaimanapun, kesan pada pertumbuhan ekonomi, tetap akan memperlahankan bantuan rangsangan negara khususnya negara-negara sedang membangun dan tidak maju.