Kementerian Kewangan (MOF) negara kini memaklumkan, sejumlah dana RM336 juta (AS$80 juta) telah dimasukkan pada Akaun Pemulihan Aset Malaysia oleh Deloitte PLT.
Dana itu adalah mewakili wang yang disita berhubung isu berkaitan 1Malaysia development Berhad (1MDB) sebelum ini. Setakat ini, di bawah pengurusan Jabatan Akauntan Negara telah menerima sejumlah RM16.386 bilion dana 1MDB yang telah dirampas dan dihantar kembali.
Sebarang pungutan baki pada akaun amanah akan digunakan untuk melunas hutang 1MDB, SRC. Bagaimanapun jumlah baki ini tidak termasuk dengan dana RM2.83 bilion yang akan diterima Ambank Group tidak lama lagi.
Untuk makluman, kerajaan ketika ini telah melunaskan sekitar RM12.54 bilion hutang 1MDB dan RM3.1 bilion hutang SRC.
Baki hutang yang masih tertunggak ketika ini adalah berjumlah RM39.66 bilion – 1MDB, manakla RM2.57 bilion – SRC.
Menurut Menteri MOF – Tengku Zafrul dana semasa masih mencukupi untuk memenuhi kewajipan hutang 1MDB pada tahun 2021 dan 2022 sahaja.