Artikel

Hanya Tapak Pembinaan Yang Kritikal Sahaja Dibenarkan Beroperasi Semasa PKP – CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kini memaklumkan, hanya terdapat segmen tertentu sahaja di bawah sektor pembinaan dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang PKP ini.

Penetapan ini telah menetapkan segmen sedemikian sebagai kerja pembinaan yang kritikal.

  • Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan seperti pengurusan trafik, cerun, jambatan, jalan raya, teknikal – melibatkan escalator dan lif, bahagian takungan air, aktiviti penyemburan racun serangga, perkhidmatan landasan rel, kediaman
  • Infrastruktur Awam – Terowong, Lebuhraya, MRT, LRT,ECRL, Projek Rel, Empangan, Pembentungan, Elektrik, Telekomunikasi, Bangunan Hospital – kemajuan fizikal sekitar 80%, Kerja Pembinaan Bangunan – telah memiliki penginapan pekerja yang lengkap di tapak pembinaan

Hanya senarai di atas yang diberi kebenaran meneruskan operasi sepanjang PKP sehingga 14 Jun ini. Kesemua kontraktor yang terlibat dengan tugasan pembinaan sedemikian, perlu memiliki kelulusan baharu di pusat sehenti MITI, dibawah portal CIMS 3.0.

Sekiranya didapati tidak mematuhi SOP yang digariskan, CIDB memiliki kuasa untuk menutup tapak pembinaan di bawah Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990) dan Akta 342 (Akta Penceahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Segala perincian ini boleh dirujuk pada Kementerian Kerja Raya Malaysia.