Artikel

AirAsia X Perolehi Persetujuan Penstrukturan Semula

Perancangan AirAsia X untuk pelaksanaan penstrukturan semula kini telah mulai menerima persetujuan daripada pemegang sahamnya pada sidang mesyuarat EGM.

Untuk makluman, Seabury Capital – penasihat penstrukturan semula yang berpusat di New York akan melaksanakan perbincangan bersama pemajak dan pemuitang setelah persetujuan melaksanakan sidang Court Convened Meeting (CCM) diberikan pada akhir Julai-Ogos kelak.

Langkah ini membolehkan syarikat penerbangan tempatan itu menyusun kembali percaturan korporat mereka serta memberi tumpuan kepada operasi komersial.

Setakat ini – prestasi AAX memaparkan kerugian bersih yang tinggi dengan RM5.67 bilion bagi suku tahunan pada akhir Mac lalu.

Kerugian ini meliputi kedudukan krisis semasa berserta tanggungan entiti ke atas penyewaan tanah, bangunan, perbelanjaan operasi, nilai hutang serta penyelenggaraan komponen.