Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini telah mengehadkan kebenaran operasi bagi sektor ekonomi tertentu sahaja.
Berdasarkan kapasiti yang diberi, menerusi ciapan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sekitar 1.2 juta tenaga kerja telah diberi kebenaran untuk bertugas sepanjang PKP, sehingga 14 Jun ini.
Ini bermakna kapasiti seluruh tenaga kerja telah dikurangkan sehingga 2 juta daripada 3 juta pekerja sebelum ini.
Sehingga hari ini, 9 kementerian telah menyediakan senarai sektor ekonomi masing-masing untuk MITI mengeluarkan surat kelulusan kepada syarikat yang berdaftar dengan CIMS 3.0. MITI telah menubuhkan pusat sehenti untuk memastikan bahawa CIMS 3.0 berjalan dengan lancar dan berkesan.
As at 12 noon today, based on MKN's imposition of workforce capacity, it is estimated that 1.2 mil workforce of the approved companies are allowed to work at premises – a reduction of 2 mil workforce of the 3.2 million total workforce for the companies approved to operate.#MCO pic.twitter.com/q9WoYQAyVE
— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) June 1, 2021