Artikel

Pengedar Gas Petroleum Cecair Di Sarawak, Diberi Pengecualian Lesen Kerajaan Persekutuan

Kerajaan persekutuan kini memberikan pengecualian permohonan kebenaran dan lesen kepada pengedar Gas Petroleum Cecair (LPG) di Sarawak.

Menerusi tindakan ini ia disasarkan dapat meningkatan keupayaan operasi, serta aktiviti pengedaran LPG di Sarawak.

Tidak hanya usaha ini dilihat dapat merancakkan lagi aktiviti perdagangan domestik Sarawak dan Sabah.

Keputusan ini telah dicapai menerusi Mesyuarat Majlis Khas Semakan Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63 pada 13 April yang lalu.

Menurut Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pengecualian itu diberikan kepada pemegang lesen DGO- distribution of gas ordinance yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.  Tindakan ini akan memberi pengecualian daripada mendapatkan kebenaran PDA di bawah Akta Kemajuan PEtroleum 1974, serta lesen CSA di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.